Monday 11 April 2011

apresiasi dan kritikan seni~

                                                        

ISI KANDUNGAN


Pengenalan 1-3
Tujuan   4
Ciri- ciri 4
Jenis 4-5
Sejarah 5-6
Arca yang dipilih 7- 13
Hasil kajian 14
Kesimpulan 15.









PENGENALAN.
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978) “if treatart if it were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character”. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni.

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain
berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni

“Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:
Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu dengan cara pendekatan secara logik dan pendekatan secara psiklogi.”

Pendekatan secara logik iaitu pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik ialah secara penerangan membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh. Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar- gambar. Secara perbandingan pula ialah analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara penghasilan ialah membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

Kepentingan kritikan seni di Malaysia masih dianggap baru. Malah kemungkinan ada sesetengah pihak menganggapnya tidak penting merenung seketika kurikulum yang diajar di sekolah. Menurut pensyarah seni UPSI, Mohd Johari Abd Hamid, tidak ada secara serius bidang kritikan dimasukkan dalam mata pelajaran PSV di peringkat rendah & menengah, kalau adapun terpulang kepada inisiatif guru yang berkenaan. Keadaan ini memberi kesan kepada kita di mana masyarakat kita akan terus buta seni dan kurang kesedaran seni. Selain itu, pelajar-pelajar kita terus pasif dan tidak berani memberi pendapat atau tidak tahu memberi pendapat. Seni itu relatif dan subjektif. Tiada siapa yang betul dan paling hebat, kerana sudut pandangan kita berbeza-beza. Yang penting perlunya rasa hormat kita pada pandangan orang lain.  Sebab itulah tafsiranya berbeza-beza pada sesuatu karya. Ada yang nampak kotak, ada yang nampak ketak, ada yang nampak katak, ada yang apa pun tidak nampak. Lukisan bukan sahaja untuk dinikmati dengan mata tapi untuk dirasa, biar hati yang buat kerja, di samping otak memberi bantuan. Mentaliti kita berbeza-beza contohnya ada yang suka pada kecantikan semata-mata, ada pula yang suka pada kegigihan, kreativiti, keberanian dan ada dinilai pada tenaga dan kos bahan serta ada menilainya dengan pengalaman. Maka karya seni tampak dirai dengan cara yang berbeza, tidak semuanya sama. Itulah cabarannya. Seni tampak mungkin termasuk dalam golongan elit di Barat namun, di tanah air kita tidak ramai pelukis yang dianggap elit tahapnya kecuali beberapa nama seperti Ibrahim Hussein (baru sahaja meninggal 19/2/09), Syed Ahmad Jamal, Latif Mohiddin, dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama. Yang lain elit mungkin cuma pada karya atau pada pengumpulnya. Petikan dari maklumat dalam internet, “Sayang masyarakat kita masih kurang kemampuan untuk menilai atau membuat apresiasi terhadap karya seni, kalau pandang pun cuma sekadar "ooohhh" "cantiknya" dan "ahhhh" sedangkan mendalaminya langsung tidak ada usaha. kenapa cantik lukisan tersebut, di mana hebatnya lukisan tersebut tidak dapat dipersoalkan. Bukanlah memaksa mencinta seni, kerana cinta itu tidak boleh dipaksa meskipun ia buta. Tapi benih jika tidak dipupuk dengan baja yang betul akan terbantut tumbesarannya.”

Hadirlah melihat pameran-pameran seni tampak jika berkesempatan, sebenarnya adalah satu langkah pemupukan yang bermakna. Pupuk diri kita, pupuk anak-anak kita hargai seni. Di mana Balai Seni Lukis negara?.. mungkin kitapun tak tahu. Seni itu ada harganya, yang meletakkan harga itu adalah kita. Jika kita tidak menghargainya, maka cabuklah Monalisa karya Leonardo Da Vinci, berabuklah Kabuki Ibrahim Hussein. Pago-pago Latif Mohiddin akan setakat jadi hiasan dinding dan laman. Yang ada bakat akan terus berkarat. Karya yang dah dibuat akan reput berkulat.

Tujuan/ objektif

v  Untuk menerangkan ciri- ciri karya arca.
v  Untuk mengenalpasti jenis bentuk arca.
v  Untuk menyatakan detik-detik sejarah arca.
v  Untuk mengkaji seni arca yang terpilih.
v  Untuk mengetahui keputusan kajian.


1.0 Ciri-ciri  karya arca.
Arca tidak seperti mana dengan seni tampak yang lain kerana mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu bercirikan tiga dimensi (3D). Hal ini disebabkan oleh, arca merupakan bentuk citra dalam susuanan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.
2.0 Jenis bentuk arca.
Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca bentuk berfungsi dimaksudkan dengan arca yang boleh digunakan di samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Bagi arca bentuk estetika pula merupakan bentuk cipataan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya.
            Oleh itu, arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman, atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Terdapat beberapa jenis arca antaranya arca tambahan, arca asemblaj, arca luakan, arca binaan, arca acuan, arca bergerak/arca mobil/arca kinetik, arca stabil arca timbulan, arca dinding, arca instalasi ( pemasangan), dan arca citra tanah (seni land).
            Arca-arca tersebut mempunyai perbezaan tertentu dari segi bahan yang digunakan, dan teknik. Arca tambahan menggunakan bahan seperti tanah liat, lilin, bahan-bahan rapuh, gangsa, tuangan simen, dan sebagainya. Arca tambahan ini menggunakan teknik bahan lembut digunakan sebagai tempat tumpangan. Bahan sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut boleh dipecahkan apabila arca sebenar siap. Arca tambahan dibina pada arca utama.
            Bagi arca asemblaj pula, menggunakan bahan seperti kayu logam, batu, simen, bongkah-bongkah, plaster Paris atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna, dan jalinan yang menarik, serta alat untuk menolong dan memateri. Bahagian yang berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik merupakan teknik arca asemblaj.
3.0 Sejarah arca.
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk, dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.
            Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475-1564), merupakan pengarca yang teragung pada Zaman Pembaharuan iaitu lebih dikenali sebagai Renaissance di Eropah.
            Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898-1986), yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometri (1901-1966), warganegara Switzerland. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan buangan lain.
            Di samping teknik luakan binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
            Arca instalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu dalam sesuatu pameran. Selain itu, arca ini juga merupakan karya tiga dimensi (3D) yang memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian berasingan dicantum, dipasang, atau disusun menjadi satu.
            Seni land ( citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering berkaitan dengan tapak alam semulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah serius masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan bumi/tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni yang dipersembahkan adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.
            Sejarah arca di Malaysia tidak berkembang secara meluas berbanding dengan catan. Namun, terdapat juga karya yang sangat menarik dan tersohor. Arca yang menarik lahirnya dari minda yang kreatif dan mempunyai semangat dan kesabaran yang tinggi. Pengarca yang memina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Sen, Ramlan Abdullah dan ramai lagi.
            Mad Annuar Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu, dan lain-lain nama baru yang melopori bidang arca di Malaysia. Mereka merupakan generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca.
            Baharuddin Mohd Arus, John Hii, Hasnul Jamak Saidon, dan lain-lain adalah pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Laman Asean yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah karya arca di sini merupakan hasil kreativiti pengarca dari Indonesia, Thaniland, Brunei Darussalam, Singapura, dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke 20 penubuhan Asean.




4.0 Dapatan kajian Seni Arca yang dipilih.


Raja Shahriman Raja Aziddin merupakan kajian saya yang pertama. Beliau dilahirkan pada 17 November 1967 bertempat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau melanjutkan pelajaran ke Dip in Art and Design (Fine Art) UTM (Majoring Sculpture). Contoh pameran yang telah diadakan ialah pada tahun 2009 iaitu “3D to 2D : Sculpture Studies”, Pelita Hati House of Art, Kuala Lumpur. Pada tahun 1992 beliau telah mengadakan pameran “Young Contemporary”, National Art Gallery, Kuala Lumpur.
            Raja Shahriman Raja Aziddin mahu karyanya berdiri sendiri dan dihayati oleh penonton dengan bebas. Dalam kebebasan itu, penonton mungkin mencipta sesuatu yang berlainan dalam kotak fikiran dan ruang pengamatan mereka.








                                                                    Tajuk : Persamaan Membangun atau Growing Equity.
                                                                        Taman Wawasan, Public bank, Kuala Lumpur.
Jika dilihat dari sifat semulajadi manusia, pembangunan merupakan satu faktor yang berterusan. Manusia dicipta dengan akal fikiran bagi mencapai kemajuan iaitu dari segi rohani dan jasmani serta material dan spiritual. Setiap pembangunan harus ada matlamat dan dalam mencapai matlamat perlu ada wawasan supaya perjalanan menuju kepada kemajuan merupakan perjalanan yang selamat.
            Arca ini menggunakan unsur rupa dengan rentak yang lembut yang melambangkan sifat semulajadi pertumbuhan. Pada bahagian atas arca terdapat garis tegak yang meruncing ke atas melambangkan perjalanan ke arah kemajuan. Menurut Raja Shahriman Raja Aziddin juga fungsi yang menunjuk ke langit pada arca tersebut kerana dalam mencapai kemajuan kita mesti tidak melupakan keagungan Tuhan.
            Selain itu, garisan utama yang besar melambangkan wawasan sebagai landasan utama di dalam usaha mencapai kemajuan. Garisan pendek melintang yang berulang-ulang di atas garis utama pula melambangkan kemajuan yang telah dicapai dan yang akan dicapai sepanjang perjalanan menuju ke arah matlamat mencapai taraf Negara maju. Kesemua kemajuan ini bergerak ke arah matlamat yang satu serta berlandaskan wawasan yang sama.






40028_429469518404_16484193404_4808697_4046146_n                  Artist : Raja Shahriman
            Title : Panji Hitam
            Size : 77 cm x 33 cm x 80 cm
               Medium : Forged, fabricated & painted steel
Year : 2009




Panji Hitam merupakan salah satu karya beliau yang telah dipamerkan di pameran beliau. Berdasarkan fungsi seni sebagai media komunikasi, para  penonton berupaya mengupas nilai yang tersirat melalui apa yang tersurat di atas kanvas, atau barangkali menerusi bentuk dan susun atur bahan sesebuah arca yang dihubungkan dengan latar belakang kebudayaan dan peribadi penciptanya.
Peranan seni lukis sebagai wadah peluahan perasaan sudah banyak diperkatakan. Perasaan dan gerak rasa boleh menjadi subjek seni yang utama dalam kaedah yang terkawal atau sebaliknya. Dalam proses penghayatan, penonton sendiri berupaya menentukan kepuasan dalam diri apabila melihat sesuatu karya yang mempunyai maksud tersendiri. Selain itu, berupaya menentukan kesempitan dan keluasan sesebuah karya berdasarkan latar belakang mereka. Karya yang merakam perasaan sering kali mewujudkan suasana keasyikan berkarya dalam diri pelukis atau pemahat arca.
Raja Shahriman Raja Aziddin merupakan pemahat arca yang menggunakan stail arca yang bersifat agak mengerikan itu mungkin mendorong penonton mengaitkan dengan imej di luar jangkauan pemikiran dan alam nyata bagai makhluk futuristik.

Sesetengah arcanya seakan-akan menyerupai tulang binatang yang kaku dan keras. Sifat dan bentuk besi yang yang tajam-tajam pula menyerupai senjata buatan tangan. Besi merupakan bahan utama arca Raja Shahriman Raja Aziddin.
Kritikan pada arca Panji Hitam mengambarkan semangat dalam mengharungi setiap dugaan yang berlaku. Contohnya peperangan yang memerlukan semangat dan tahap fizikal yang bagus. Di samping mewujudkan ciri formal yang harmoni, gabungan bentuk-bentuk organik, dengan geometrik juga member pelbagai kesan visual yang menarik. Pengamatan penonton boleh bergerak mengikuti lekuk dan jalinan bahan. Cahaya yang jatuh ke atas arca tersebut memberi kesan bayang dan ton yang berbeza-beza. Kilauan kuat di hujung bahagian-bahagian yang tajam menambahkan unsur kengerian pada beberapa arca yang seakan-akan membentuk tulang binatang. Kelahiran bentuk-bentuk tajam begitu boleh dihubungkan dengan minat pemahat terhadap senjata tradisional seperti keris dan perang.
Di samping itu, arca yang bertenaga itu, menampakkan beliau seorang yang begitu asyik dan tekun terhadap karyanya. Usahanya untuk membebaskan diri daripada kongkongan dan batasan berkarya terakam menerusi arcanya yang bebas dibentuk menurut gerak rasa dan emosinya. Kelainan dan keunikan karya pemahat arca muda ini berupaya memberi satu pendekatan baru dalam seni arca tempatan. Ini menunjukkan  bahawa pelukis muda di Negara ini mampu memberikan dimensi baru dalam sesetengah bidang kesenian.

           






Ramlan Abdullah

Ramlan bin Abdullah diberi nama, seorang pemahat arca berzaman lamanya. Beliau merupakan seorang pemahat arca yang juga tidak asing dalam kalangan karyawan seni. Beliau dilahirkan 30 Julai 1960. Beliau tinggal di No.18, Jalan Asahan Dua 26/27B, Taman Bukit Saga, Shah Alam, Malaysia, 42000. Di samping itu, beliau merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Maklumat kajian yang saya perolehi adalah dari website beliau iaitu http:/www.ramlanabdullah.com. Beliau memang meminati arca selain muzik,filem,teknologi dan sebagainya.
            “Ramlan Abdullah mula menerima pendidikan seni secara formal dari KSSR, ITM, di mana beliau memperoleh diploma dalam bidang seni halus. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dalam bidang seni arca di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah seni yang diikutinya ialah Wartbutg, College, Iowa, The School of Art Institute of Chicago, dan Pratt Institute di New York. Kini, Ramlan Abdullah bertugas sebagai pensyarah seni arca dalam Jabatan Seni Halus ITM Shah Alam.” Petikan dari buku Seni Lukis dalam Peristiwa oleh Muliyadi Mahamood



1995_growth03
Title
Growth
Year
1995
Medium
Brass,Steel & Marble Rock
Collection
Fumio Asakura Museum,Oita,Japan
Remarks
Grand Prize 2nd Oita Sculpture Competition






“Pertumbuhan 1995 adalah petikan dari sumber karya yang  diperolehi,
"Pertumbuhan" adalah tentang proses pembelajaran, metafora untuk kemungkinan. Bagi saya, 
kematian mendefinisikan hidup, putus asa mendefinisikan harapan dan impian mendefinisikan
kenyataan. Design arca adalah warisan tentang alam dan budaya Asia. 
Ideanya adalah berasal dari  sebuah kilang di mana soalan pertumbuhan yang mengecam atas 
tanaman tentang mengapa mereka tumbuh dan bagaimana mereka tumbuh. 
Setelah banyak merenungkan bentuk terwujud. Setiap lembar struktur gangsa melengkung yang
mempunyai pelbagai watak jalur pada permukaan merupakan pola tempatan dari timur. 
Berbagai garis menyarankan pelbagai kesatuan pertumbuhan, bangsa bahasa budaya,
 dan agama negara-negara Asia.”

            Mengikut arca yang dibuat oleh Ramlan Abdullah, kita dapat lihat terdapatnya keseimbangan pada arca tersebut. Arca bentuk estetika ini biasanya diletakkan di tempat awam yang mempunyai ramai pengunjung. Merenung kepada arca yang diberi nama “growth” ini, mempunyai keseimbangan simetri. Keseimbangan simetri ialah wujud apabila bahagian di sebelah kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah. Di samping itu, terdapat pula, penegasan yang wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya. Penegasan ialah satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek.

Title
Strength
Year
1999
Medium
Galvanised Iron
Location
Toyomura Organizing Committee,Japan





“Kekuatan 1999 merupakan petikan dari sumber karya yang diperolehi,
Arca berkisar pada masalah kekuatan dan kesatuan. Bentuk arca yang kompak tetapi nampaknya terdedah menyerupai tanduk kerbau. Bentuk keris seperti tubuh utama dari arca menggambarkan konsep yang kuat namun lembut masyarakat Asia. 
Idea menggunakan pembinaan struktur belum diterima estetika arca adalah untuk menghasilkan pemahaman lebih lanjut antara manusia dan teknologi.”

            Dalam arca kajian saya yang kedua ini, Ramlan Abdullah lebih mengutamakan jalinan pada arca tesebut. Jalinan didefinisikan sebagai kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek itu lebih menarik dan cantik. Jalinan pada arca tersebut merupakan jalinan sentuh iaitu jalinan yang boleh dirasai melalui sentuhan. Jika dilihat pada jalinan yang terdapat pada arca tersebut, jalinan yang sungguh menarik mengikut irama dan pergerakan. Irama merupakan rentak atau tempo muzik yang panjang pendek atau turun naik bunyi yang teratur. Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Di samping itu, irama dan pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi agar menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik, justeru menjadikan karya lebih menarik.
           
            Selain itu, terdapat juga kesatuan yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh dalam arca ini. Walaupun mempunyai semi abstrak yang boleh difahami jika diperhatikan. Harmoni juga wujud apabila arca tersebut mempunyai ulangan unsur-usur seni mengikut cara yang tertetu akan menimbulkan harmoni.


5.0  Hasil Kajian.

Hasil kajian yang diperolehi membolehkan saya mengkaji seni arca bermula. Seni arca jika di bandingkan dengan Negara luar, di sana lebih mendapat perhatian yang meluas kerana arca boleh dijadikan batu berhala pada ketika dahulu dan hingga sekarang bagi penganutnya. Arca mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Bagi arca yang dibuat oleh Raja Shahriman Raja Aziddin, beliau lebih menekan kebebasan yang dirasai oleh penonton, berbeza pula dengan Ramlan Abdullah yang lebih kepada semi abstrak dan abstrak.
           
            Selain kita melihat akan kepentingan kritikan seni, satu lagi kegiatan yang tidak kurang pentingnya iaitu apresiasi seni. Aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Ia juga merupakan disiplin asas yang memerlukan penglibatan sepenuhnya dari semua aspek.

            Petikan dari buku Falsafah dan Kritikan Seni, “ kata pelukis penulis dan pengkritikan seni tanah air Zakaria Ali (1989), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Objek-objek seni yang berupa catan dan cetakan dipandang, manakala bagi arca dan binaan menggunakan deria sentuhan. Katanya lagi, kedua-dua deria ini saling bantu membantu agar dapat mendorong kita menikmati karya seni dengan lebih menyeronokan lagi.”

            Justeru, apabila kita menggunakan dua deria pandang dan sentuh sahaja, penglihatan kita dengan objek seni akan menjadi pasif. Kebanyakan orang menghargai seni secara pasif. Hal ini disebabkan oleh, pengalaman, pendidikan, dan pilihan mereka sendiri.







6.0 kesimpulan.


Sememangnya semua pihak mempunyai perasaan cinta kepada seni dan warisannya. Menanamkan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan penjagaannya terletak pada semua pihak. Menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni mmerlukan satu disiplin yang khusus. Menilai sesuatu karya yang tidak mengikuti etika yang sebenarnya menjuruskan pengemar seni kepada satu garis pemisahan yang besar. Pengemar perlu bersedia menyiapkan diri untuk diterima sebagai penhayat seni yang baik. Melihat dan memberi tafsiran yang dangkal sudah tidak boleh diterima lagi.

            Kesimpulannya, sikap keterbukaan menerima kritikan perlu ada pada diri semua seniman kita. Berfikiran terbuka dan sanggup berdepan dengan sebarang kritikan dapat mengikis sifat ego dan sombong sesetengah pelukis. Dengan cara ini, pelukis akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada pada dirinya. Sama ada dengan cara menambahkan lagi ilmu pengetahuannya, menyambung pendidikan seninya atau menimba pengalaman dengan cara bergaul dengan semua ahli masyarakat terutamanya masyarakat pelukis.
            Dari pengertian ini dapatlah disimpulkan bahawa bidang kritikan kesusasteraan juga boleh dirujuk kepada pengertian kritikan seni. Kritikan seniman merupakan satu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang seniman dengan cara sistematik serta bertujuan untuk mengembangkan nilai-nilai yang berfikiran baik untuk tatapan generasi akan datang. Akhir sekali, dengan adanya kerjasama yang jitu antara pengkritik seni dengan seniman, maka dunia seni tanah air kita menjadi bertamabah rancak.

No comments:

Post a Comment