Monday, 11 April 2011

sejarah seni tampak malaysia





NAMA :
NURUL ADAWIAH BINTI MAZLAN D 20101038851
YUSRA NABILAH BINTI MUDA D20101038868
NORHAMIZA MAULAD AZMI D20101038869

TAJUK :
BALAI SENI LUKIS NEGARA.

NAMA PENSYARAH :
DR. AHMAD SUHAIMI B. MOHD NOOR.


FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF.



PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alaminn, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kami menyelesaikan tugasan untuk subjek Sejarah Seni Tampak Malaysia ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Ahmad Suhaimi bin Mohd Noor di atas kesudian beliau  membantu memberi sedikit sebanyak maklumat dan atas sikap bertimbang rasa beliau memberi ruang masa untuk kami menyiapkan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan sepejuangan yang turut sama  menyertai kami ke galeri Balai Seni Lukis Negara membuat kajian bagi menyelesaikan tugasan ini serta kepada rakan- rakan lain yang membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang  menyiapkan tugasan ini terutama dalam ilmu sejarah seni dan pertubuhan Balai Seni Lukis Negara.. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa dan mahasiswi khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini terutama dalam pengetahuan seni seimbang dengan kenyataan bahawa seni itu indah dan perlukan penghayatan yang lebih untuk menguasai subjek ini. Justeru, berbanyak terima kasih sekali lagi kepada semua yang berkenaan. Terima kasih.
PA161174.JPG  YUSRA NABILAH, NORHAMIZA, & NURUL ADAWIAH

Pengenalan.
Penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada 27 Ogos 1858 bukanlah bererti berakhirnya peranan yang telah dimainkan oleh galeri terbuka. Kedua-dua jenis galeri tersebut terus mengembangkan fungsinya sebagai pemilik khazanah visual selain menjadi sumber rujukan kepada pengkaji dan  peminat seni.
Keperluan wujudnya sebuah BSLN telah dilafazkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra ketika merasmikan Pameran Terbuka Tahunan yang Ketiga oleh pelukis-pelukis Malaya.
Seni tampak

Mona Lisa merupakan contoh seni visual.
Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.

Sejarah balai seni lukis Negara.

Balai seni lukis Negara bermula apabila idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Ksenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan. Menurut Laporan Tahunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) 1974 hingga 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN dibentuk pada 3 Jun 1958. Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan 2 tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur iaitu bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Bangunan ini telah diperuntukan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Lukis Negara. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertua Agong pada tahun 1959 melalui Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.
Penubuhan dan pengisytiharan pembukaan rasmi Balai Seni Lukis Negara (BSLN) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri yang ketika itu merupakan Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perasmian itu disertai oleh satu pameran sulung di Dewan Tunku Abdul Rahman bangunan tersebut. Perasmian itu telah disertai pelukis-pelukis seluruh Negara bagi menyatakan semangat kesepakatan dan perpaduan melalui penyertaan karya-karya mereka. Sesungguhnya penubuhan Balai Seni Lukis Negara juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap bidang seni visual tanah air.




Frank Sullivan telah dilantik sebagai pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama. Beliau yang juga adalah bekas setiausaha kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut bertindak sebagai setiausaha Lembaga Amanah , Balai Seni Lukis Negara.
Pada 26 Januari 1987, telah diadakan Majlis Pecah Tanah untuk bangunan baru Balai Seni Lukis Negara di sebuah tapak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan baru ini adalah melalui proses penswastaan di antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Yeoh Tiong Lay (TYL). Proses pembinaan siap pada tahun 1998.
Pada 13 November 1998, Balai Seni Lukis Negara dipindah ke premis bangunannya sendiri kini di No.2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur serentak dengan pelancaran Pameran Seni Lukis Antarabangsa Asia ke-13. Premis bangunan baru Balai Seni Lukis Negara ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang kini sudah diberi gelaran Tun. Pada 27 September  2000. Sejak ditubuhkan, Balai Seni Lukis Negara pernah dinaungi oleh beberapa Kementerian. Antaranya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan, dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan.






LOGO.
                                          
Bentuk mata melambangkan penglihatan pelukis / penggiat seni visual. Di samping itu, bentuk segi empat tepat tepat mewakili seni visual, manakala bentuk bujur memanjang menyakinkan intisari seni. Logo ini direka cipta oleh Y. Bhg. Datuk Syed Ahmad Jamal.

VISI.
 Menjadi pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanah air dan pemegang amanah warisan seni Negara.
MISI
Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman, dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.



OBJEKTIF
1.               Memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya di dalam Negara dan juga dari luar Negara.
2.               Memukihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan Pensejarahan Seni Negara.
3.               Mempromosi dan meningkatkan mutu seni tampak Negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan aktiviti seni dalam dan luar Negara.
4.               Mewujudkan kesedaran, memupuk kefahaman, penghayatan dan penghargaan terhadap seni.
DASAR ASAL.
1.               Menubuhkan sebuah Himpunan Tetap Karya-Karya Seni untuk Negara.
2.               Mempersembahan pameran-pameran karya seni tempatan dan luar.
3.               Menggalakkan perkembangan seni dalam kalangan masyarakat.







DASAR PAMERAN.
1.               Jawatankuasa Pameran, Lembaga Himpunan Amanah Balai Seni Lukis Negara bermesyuarat beberapa kali dalam setahun untuk memilih cadangan atau permohonan pameranyang diterima. Pihak jawatankuasa tetap mengalu-alukan cadangan atau permohonan tahun berikutnya adalah pada 1 September tahun semasa.
2.               Oleh kerana biasanya jumlah cadangan pameran yang diterima melebihi kuota yang ada, sesuatu maklumbalas tidak diberi dengan segara. Balai Seni Lukis Negara berhak untuk menerima atau menolak cadanagn atau permohonan pameran mengikut criteria pemilihan dan diskrisi. Pemohonan juga mungkin diminta member maklumat juga mungkin diminta member maklumat lebih kanjut berkaitan cadangan. Semua cadangan atau proposal yang diluluskan akan merangkumi perjanjian individu mengikut terma kerjasama yang dipersetujui antara pencadang dan Balai Seni Lukis Negara.



Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara.
 



Pengerusi. - Y. Bhg, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Ishak.
Ahli ( Timbalan ketua setiausaha (kebudayaan) ) - Y. Bhg. Dato’ Mohamed Mohd Daud.
Ahli. - Y.Bhg. Dato’ Prof. Raja Zahabuddin bin Raja Yaacob.
Ahli. - Y. Bhg Dato’ Haji Taib Ali
Ahli - Y. Bhg Dato’ Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.
Ahli – En. Naveen Chander.
Ahli – En. Philip Wong Hon Keong.
Ahli – Y. Brs. En. Ching Huck Theng.
Ahli – En. Din Omar.
Ahli – Puan Noriah binti Abdullah.
Ahli – Cik Azah Hanim binti Ahmed.
Ahli – En. Muhammad Siddek bin Khalid.
































































































Program yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara.
  1. Dengan Cara Kita.
Dengan cara kita ialah sebuah pameran yang memaparkan hasil karya perupa temapatan yang tiada pendidikan seni yang formal, termasuk mereka yang ebrbakat semulajadi. Karya – karya yang terdiri dari lukisan, catan, bahan campuran dan arca yang dipilih khas untuk pameran ini adalah berujuan untuk mengenenggahkan keunikan kualiti mencipta serta individu-individu ang menghasilkannya.
Individu terpilih untuk pameran peringkat pertama “ Dengan Cara Kita” adalah Asmadi Masri bin Adeputra, Fathullah Luqman b. Yusuff, Hamdan Amniruddin, Roslan Hj Osman, Sofian Sarifbudakn, Thangarajoo M. A Kanniah, Vong Nyam Chee, Wan Jaafar Wan Deraman dan Zarian Bajan.
Tempat berlangsungnya pameran Dengan Cara Kita, namun kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.


  1. Cheng Haw Chein ‘Back Then, These Day’s’ (BTTD).
‘ Back Then, These Day’s’ merupakan pameran yang memperlihatkan karya-karya seni cetak Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara yang menyentuh akan penggunaan medium terhadap pragmatic kreasi karya cetakan pelukis Malaysia. Selain daripada bertujuan memeriahkan Penang International Prints Exhibiton (PIPE), Pameran Back Then, These Day’s ini juga merupakan respon terhadap persepsi mono manusia seni rupa mengenai Balai Seni Lukis Negara di dalam teks (Printed Text) promosi ‘Malaysia’S Contemporary Art Scene’ (MCAT) yang cuba diterapkan (imprinted) ke dalam media pembaca menerusi penukisan teks tersebut. Bermula dari situlah makanya Balai Seni Lukis Negara menemui konsep pameran Back Then, These Day’s ini yang mana terdapat dua cara pendekatan pameran atas cubaan menerapkan (imprinted) semula minda pembaca dan khalayak seni rupa di Malaysia mahupun antarabangsa mengenai koleksi karya seni cetak Balai Seni Lukis Negara dan seni rupa Malaysia.
Kunjungan kami ke pameran Cheng Haw Chien
Penjaga galeri yang menceritakan serba sedikit kisah lukisan cina.
Lukisan Cina

·         Hanya mempunyai 1 warna – ink cina (hitam)
·         Menggunakan kertas beras (rice paper)
o   Nipis ( dakwat tidak boleh terlau cair atau terlalu pekat)
o   Dilukis tanpa dilakar terlebih dahulu.
o   Biasanya pelukis melukis dengan menggunakan imaginasi dan mengikut perasaan sahaja sahaja
o   Tiada model seperti karya-karya barat
o   Kebiasaannya lukisan cina akan di sertakan dengan puisi di tepi-tepi lukisan tersebut


Gambar haiwan yang gemar di lukis oleh pengkarya lukisan cina:
Ini kerana haiwan-haiwan ini dikatakan mempunyai makna baik
·         Burung
·         Naga (sihat)
·         Kuda (berjaya)
·         Ikan emas (kaya)
·         Harimau (kekuatan)
·         Penguin
Tumbuh-tumbuh yang biasa dilukis oleh pelukis cina
·         Buluh (orang yang suci)
·         Sakura (ceria)
·         Teratai (wanita baik hati/suci)


Tulisan cina bermula dari kanan ke kiri seperti bahasa jawi.
Karya buluh tersebut bernilai RM 480 ribu.




Gambar latar belakang merupakan pelukis yang membuat pameran.


  1. Antara Bahan Campuran. (ABC).
Pameran ini bermula pada 30 Mac 2010 sehingga 16 Januari 2011. Lokasi pamerannya ialah di galeri 1A Balai Seni Lukis Negara. Kuratirnya ialah Mohd Faizal Sidik,Erry Arham Azmi, dan Musrizal Mat Isa.
Pelbagai jenis pigmen baru dan bahan pelekat telah diperkenalkan untuk menghasilkan pelbagai jenis cat sejak tujuh puluh tahun dahulu, dan pelukis-pelukis abad ke 20 di Barat telah pun menerapkan bahan ini di atas permukaan kanvas mereka. Cat dan bahan lain yang dimaksudkan untuk pembinaan bangunan, kenderaan dan lain-lain kegunaan industri kerap muncul dalam pameran-pameran seni moden dan barkhir sebagai koleksi-koleksi-koleksi awam dan swasta. Suasana ini memberikan cabaran baru kepada aspek penjagaan dan konservasi catan dan objek seni kepada semua muzium seni antarabangsa dan juga Balai Seni Lukis Negara. Pameran yang bertajuk Antara Bahan Campuran atau ABC ini merupakan sebuah pameran yang mempamerkan perkembangan penggunaan bahan campuran dalam karya-karya koleksi Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negaramulai 1958 hingga 2009. Pameran berkonsep investigative dan edukatif unu bertujuan untuk memberikan perdedahan tentang pelbagai jenis bahan yang terkandung di dalam sesebuah karya berbahan campuran atau ‘mixed media’. Arang, aluminium, bitumen, cat enamel, adalah antara bahan yang digunakan oleh pelukis dalam karya ini telah diinventori dan didokumentasikan. Sebuah catalog pameran yang menggabungkan artikel berkenaan pameran ini dari beberapa orang kurator Balai Seni Lukis Negara  dan brochure bertajuk ‘ABC Bahan Campuran’ yang menginventorikan setiap jenis bahan campuran yang bermula dari huruf A- arang dan hingga Z-zink akan diterbitkan.


Lebih kurang 100 buah karya telah dipilih untuk dipamerkan secara kronologi mengikut tahun penghasilan mulai tahun 1950an hingga 2009. Fasa pertama pameran ini akan menghidangkan secara turutan karya-karya yang dihasilkan pada tahun 50an, 60an, 70an, dan 80an, manakala pada fasa ke dua kedua ialah bagi kumpulan karya 80an, 90an dan 2000 hingga kini pula akan dipersembahkan oleh Balai Seni Lukis Negara.
Ini pula adalah antara pameran yang masih berlangsung semasa kami berkunjung di BSLN.





PIAGAM PELANGGAN
1.      Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, amanah, bermutu tinggi, dan berinovatif dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program penggalakan dan kecemerlangan seni bagi menyokong pembangunan idustri pelancongan Negara
2.      Menjaga kepentingan dan mendokong usaha para pelukis dengan member ruang dan memartabatkan seni visual Negara
3.      Menentukan keselesaan ruang, member layanan mesra dan berkualiti kepada para pelawat dari dalam dan luar Negara.
4.      Merancang, mendidik, member peluang penyelidikkan dan menggalakkan aktiviti seni bagi pemupukan masyarakat berbudaya.
5.      Bersikap positif dan prihatin dalam memenuhi keperluan pelanggan mengikut peredaran masa serta menyahut cabaran semasa.

Pelajar sekolah menyertai pertandingan melukis dan mewarna.



BAGUNAN BALAI SENI LUKIS NEGARA
BSLN ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari tangan British. Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Galeri yang menerima sumbangan dari badan koporat dan peneraju untuk mengadakan aktiviti seni sampingan.
            Dalam usaha untuk mempromosikan kesedaran dan aspresiasi seni diseluruh peringkat masyarakat. Objektif utama BSLN adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar Negara, menyediakan seminar, bengkel pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha untuk memperkemaskinikan koleksi hidupnya yang kini merangkumi lebih daripada 2500 karya. Dalam kata lain, kami ingin memupuk aktiviti kepakaran dan ingin menubuhkan koleksi seni kebangsaan.
            Bagunan yang mempunyai cirri-ciri senibina yang tersendiri ini terletak di antara Istana Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia. Kedudukannya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur City Centre (Menara Berkembar Petronas, KLCC) dari PUsat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
            Bangunan BSLN mempunyai 7 buah galeri, sebuah bengkel dan gedung kreatif, pusat sumber, sebuah ouditorium yang dapat memuatkan 144 tempat duduk dan juga pejabat bahagian pentadbiran BSLN.
            Bagunaan BSLN kini terletak di No 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bagunan ini mengabungkan elemen prinsip tradisional dan moden. Kerangka berbentuk ‘A’ yang dikelilingi atap berjubin cermin dan ruangnya yang mampu member pandangan dari pelbagai sudut ini direka oleh Dato’ Mir Shariman Mir Saharuddin yang memenangi pertandingan reka bentuk  bangunan baru BSLN ini.

WAKTU OPERASI
BSLN dibuka pada:
Lawatan ke Galeri

            Buka    : Setiap hari (Isnin- Ahad) mulai jam 10.00 pagi- 6.00 petang
                         Bulan Ramadhan (Isnin-Ahad) mulai jam 9.00 pagi- 5.00 petang
           
            Tutup   : Hari Raya Aidilfitri (2 hari)
                          Hari Raya AidilAdha (1 hari)

Operasi Pejabat Pentadbiran
            Buka    : Isnin-Jumaat, mulai jam 8.00 pagi- 5.00 petang
           
            Cuti     : Sabtu dan Ahad

Cuti-cuti umum mengikut kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Operasi Pusat Sumber
            Buka    : Isnin-Jumaat, mulai jam 8.00 pagi- 5.00 petang

Cuti     : Sabtu dan Ahad

Cuti-cuti umum mengikut kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


KEMUDAHAN

·         Galeri
o   Lobi Utama
o   Galeri Utama
o  
 

o   Galeri 1 A
o   Galeri 2 A
o   Galeri 2B
o   Galeri 2 C
o   Galeri 3 A
o   Galeri 3 B
o   Galeri REKA
o   Ruang Legar
·         Kafe
·         Kedai Galeri
·         Auditorium
·         Makmal Konservasi
·         Pusat Sumber
·         Lain-lain Kemudahan
·         Mobile Web
·         Aduan SMS




Lobi Utama
Terletak di bahagian tingkat 1, manakal auditorium dan pusat sumber menyediakan maklumat berkaitan seni untuk pelajar dan juga orang ramai. Di pusat sumber yang terdapatnya kemudahan internet. Galeri 1 terletak di sebelah kanan. Galeri 1 sesuai untuk pameran berskala besar. Terdapatnya kemudahan lif dan tangga berlingkar untuk ke tingkat 2 dan 3

Galeri 1A
Terletak di tingkat 1 dan mempunyai ruang pameran yang terbesar sekali di BSLN. Berukuran 1650 kaki persegi, galeri ini sangat sesuai untuk pameran berskala besar bagi pameran cat, printing, sculpture, photography dan menghasilkan satu suasana yang sangat kreatif. Di sini boleh didapati pameran-pameran dan juga sculpture daripada artis-artis terkenal.

Galeri 2A
Galeri 2A ini menempatkan pameran tetap dan berukur 1300 persegi

Galeri 2C
Galeri kanak-kanak merupakan sebuah galeri yang mempamerkan hasil seni kanak-kanak dan pameran fotografi (fotography exhibition) bg TALES OF TWO VIEWS berdasarkan program yang telah dianjurkan oleh BSLN

Galeri 3A
Terletak ditingkat 3 dan berukuran 95.93 kaki persegi. Menyediakan panel



Galeri 3B
Berukuran 208 persegi, galeri 3B sangat sesuai untuk pameran berskala kecil dan ruang eksperimen bagi artis-artis yang telah Berjaya dipameran tempatan dan antarabangsa.

Galeri REKA
Terletak ditingkat 1, menyediakan pameran berbentuk fotografi, kraf, tekstil, fesyen, prototaip, model, poster, senibina dan juga instrument. Galeri ini mempunyai dinding berukur 36.52 meter, ceiling yang berketinggian 3.60 meter ke 4.20 meter. Galeri REKA ini juga dilengkapi oleh penghadang Ultra Violet
Kedai Galeri
Terletak disebelah kanan pintu utama BSLN. Terdapat pelbagai barang-barang dan eksosari BSLN yang dijual pada harga berpatutan.
            Hari     : Isnin-Ahad
            Waktu : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Auditorium
Auditorium ini mempunyai 144 kerusi dan tempat yang sesuai untuk tayangan filem, bual bicara dan juga seminar. Auditorium ini juga boleh disewa oleh organisasi dan juga syarikat swasta.


Makmal Konservasi
Konservasi atau sebelum ini dikenali sebagai pemuliharaan mempunyai 2 kaedah perlaksanaan, iaitu konservasi preventif dan konservasi kreatif. Bagi menjamin keselamatan dan kualiti sesuatu koleksi, kaedah yang pertama ini hendaklah sentiasa diberi penekanan. Ini disebabkan ia tidak memerlukan kepakaran khas dan kos yang sangat tinggi, memadai denagn rasa tanggungjawab dan perhatian yang serius.
            Manakala kaedah kedua memerlukan tindakan kepakaran yang khusus dan mungkin mengakibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan-bahan yang tak boleh didapati dalam Negara.

Pusat Sumber
Selain daripada mempamerkan dan mengumpul koleksi, BSLN juga menyediakan kemudahan Pusat Sumber Rujukan Seni. Di sini terdapat lebih kurang 4500 buah bukumengenai seni terbitan tempatan dan luar Negara. Lebih kuran 500 biodata artis (artists) tempatan yang bedaftar. Juga terdapat koleksi kertas penyelidikan, rujukan akhbar digital dan juga tempat diskusi. Selain daripada itu, biografi pelukis terkenal tempatan dan keratin akhbar berkenaan bidang seni tampak Negara juga merupakan antara koleksi berharga yang tersimpan di Pusat Sumber BSLN.
 








Lain-lain Kemudahan
Pengakutan
·         Star LRT         : Stesen Sentul ke Stesen Titiwangsa
·         Putra LRT       : Stesen Ampang ke Stesen KLCC
·         Bas Intrakota : Stesen Central Market ke Stesen Hospital Besar Kuala Lumpur
·         Bas Lenn Seng            : Stesen Leboh Ampang ke Stesen
·         Kereta             : 5 minit dari Menara Kembar Petronas
Bayaran masuk                        : Percuma
Tempahan masuk        : Percuma
Waktu Urusniaga
Kedai Galeri    :10 pagi – 6 petang
Waktu pejabat             :8 pagi – 5 petang
LAIN – LAIN KEMUDAHAN
-Kemudahan 17 jaga disediakan
-kemudahan OKU disediakan
Mobile Web
Kini anda boleh melayari laman web BSLN versi mudahalih menerusi telefon
Bimbit PDA dengan hanya melalui
            www.artgalllery.gov.my/mobile
Aduan SMS
Sistem SMS BSLN
Untuk menghantar SMS Aduan /cadangan ,
Sila taip :
            MY ART <MESSAGE> & HANTAR KE 3308


RUANG LEGAR

Ruang legar 1
Ruang legar dibahagian lobi tingkat 1 menyediakan satu pentas untuk acara sesuatu perasmian. Ruang legar ini juga digunakan untuk  memaparkan koleksi di BSLN untuk paparan umum seperti Karya Pelukis Noor Azizan Rahman Paiman bertajuk Coming Back From North Series V, Vytas B Kapaciunas bertajuk Gajah  - Belum, Orang Ulu bertajuk Masterpiece of orang ulu dll. Di sini juga ditempatkan kaunter pertanyaan yang menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung untuk mengetahui apa-apa maklumat yang berkaitan dengan BSLN mahupun mengetahui apa-apa maklumat yang berkaitan dengan BSLN mahupun mengetahui setiap pameran. Selain itu, ruang legar tingkat satu menempatkan ruang untuk artis berkarya sambil menunjukkan demontrasi melukis seperti yang dilakukan oleh Encik S. Amin Shahab yang sekarang ini sedang menyiapkan Lakaran Lukisan Terpanjang 1 kilometer untuk mencipta rekod Malaysia Book of Record. Di ruang ini juga ditempatkan karya-karya dari penyertaan pertandingan melukis anjuran MRCD yang akan dipamerkan di ruang legar dan juga di Galeri Reka serta pembahagian hadiah kepada pemenang turut diadakan di ruang ini.

Ruang legar 2
Hampir keseluruhan ruang ini ditempatkan karya-karya pameran koleksi Encik Rahimie Harun.  Ruang ini juga dipergunakan untuk memaparkan koleksi BSLN, sekiranya ruang galeri ini tidak digunakan untuk pameran. Di samping itu, ruang ini juga turut digunakan untuk menempatkan ruang untuk VIP menjamu selera.

Ruang legar 3
Ruang ini sentiasa memaparkan koleksi BSLN sekiranya ruang ini tidak digunakan untuk tujuan pameran. Di ruang ini, selalu digunakan untuk tujuan perasmian Sesuatu pameran Chuah Teng Thean serta turut diadakan majlis jamuan ringkas di sini.

 









Sumber.
FUNGSI BAHAGIAN
v  Balai seni lukis Negara mempunyai empat bahagian. Terdiri daripada :
i ) Bahagian Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran
ii) Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi & Konservasi
             iii) Bahagian Perhubungan Korporat
             iv) Bahagian khidmat Pengurusan

KHIDMAT PENGURUSAN
§  Bahagian khidmat Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab terhadap penyediaan , pengurusan & kawalan prasarana serta sumber tenaga Balai Seni Lukis Negara melalui bahagian ini turut terlibat dengan pengauditan-pengauditan awam sebagaimana badan-badan berkanun lain di Malaysia.


PERHUBUNGAN KORPORAT

§  Bahagian perhubungan korporat berfungsi sebagai kuasa perhubungan Balai Seni Lukis Negara dengan pihak media, swasta & orang ramai. Bahagian ini juga memainkan peranan dalam mengumpul sumbangan & derma pihak swasta serta orang ramai ke dalam dana amanah untuk tujuan pembangunan & aktiviti seni visual. Selain itu, Bahagian perhubungan korporat BSLN juga membantu mempromosi hasil karya pengiat seni visual tempatan untuk penanasan ke pelanggan-pelanggan berprospek.





§ Pelbagai  usaha telah dilakukan bagi memperkenalkan Balai Seni Lukis Negara ( BSLN) kepada pihak awam dengan mempertingkatkan kerjasama & kefahaman dengan pihak media elektronik , media cetak, persatuan-persatuan  pelukis galeri & muzium seni , institut seni awam & swasta, sekolah menengah & rendah , perseorangan yang profesional & amatur mengenai aktiviti yang dilakukan oleh BSLN seperti pameran, pendidikan, pemuliharaan, penerbitan & sebagainya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SENI, PENGURUSAN KOLEKSI DAN KONSERVASI.
Pembangunan Seni
Melangkau skop sebagai pusat pameran, Balai Seni Lukis Negara ( BSLN) turut  bertanggungjawab membangunkan dan menggalakkan industri seni visual di Malaysia. Untuk itu, Balai Seni Lukis Negara turut menyediakan Tabung Bantuan Seni untuk membantu penggiat seni visual dalam projek-projek mereka yang berdaya maju. Pemnbangunan seni juga dilaksana melalui penyebaran bahan-bahan media maklumat dan pengumpulan data penggiat seni dalam industri seni visual tempatan. Selain itu, kaedah melantik artis tamu juga dilakukan.
Pendidikan
Balai Seni Lukis Negara sentiasa memainkan peranan aktif membantu mengelolakan aktiviti-aktiviti untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran penghargaan terhadap seni visual di kalangan masyarakat. Antaranya dengan mengadakan kelas-kelas seni, pertandingan seni visual, seminar, forum, diskusi, bengkel dan lain-lain.


Pengurusan Koleksi
Sebagainya institusi yang menjalankan fungsi galeri seni, Balai Seni Lukis Negara ( BSLN) turut mempunyai himpunan koleksi karya seninya sendiri. Koleksi ini yang dinamakan sebagai koleksi Himpunan Tetap BSLN bermula dengan 4 buah karya seni dengan nilai berjumlah RM14.
PEMBANGUNAN SENI
§    Program Artis Tamu
       

S. Amin Shahab

*               S. Amin Shahab – Artis, composer, pengarah filem. Dilahirkan pada 27 Februari
1954 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia. Dia berkelulusan dari Akademi Nan Yang Nan Yang Of Fine Arts, Singapura.




Sumbangan dan tajaan seni.
Tajaan seni.
Tajaan seni sebagai usaha untuk menyokong dan menyemarakan semangat penyatuan dan penghayatan bersama terhadap karya-karya dan pelukis tempatan Negara, Balai Seni Lukis Negara amat mengalu-alukan kerjasama dalam mewujudkan perkongsian pintar bersama pihak sektor korporat, swasta, dan badan organisasi untuk menaja program-program seni seperti pameran, pendidikan, perolehan, pemuliharaan, penerbitan dan promosi.
Segala bentuk tajaan yang disumbangkan akan diberi keutamaan penghargaan serta pengiktirafan jhas dalam setiap promosi, bahan cetakan, dan terbitan. Penaja turut berpeluang menikmati pengecualian cukai di samping diberi penghargaandengan mempamerkan logo syarikat di galeri yang terpilih untuk 1 tempoh masa yang tertentu, di samping beberapa kemudahan lain yang menarik seperti berpeluang memperolehi hasil karya terus dari pelukis tempatan serat pelukis tamu.
Di antara pihak-phak yang telah menjadi penaja utama dalam program di Balai Seni Lukis Negara terdahulu ialah seperti Philip Morris Misa, Exxon Mobil dan Petronas. Pendekatan ini memeperlihatkan peranan sektor swasta dan korporat secara bersepadu di dalam pemupukan nilai budaya yang positif kea rah memperkukuhkan pembangunan seni tampak Negara.





KESIMPULANNYA
Menerusi kajian yang telah kami lakukan untuk menyiapkan tugasan ini adalah dapat membuka minda dan persepsi kami mengenai sejarah seni tampak melalui kajian secara langsung ke tempat kajian iaitu ke Balai Seni Lukis Negara di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Abdul Razak, 53200 Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk mengajar kami melihat serta merasai sendiri keunikan dan penghargaan Galeri terhadap seni dan pengkaryanya. Selama ini kami mengkaji sesuatu hanya menerusi pembacaan melalui buku ilmiah, esplopedia dan sebagainya serta pencarian melalui internet namun di dalam tugasan  Sejarah Seni Tampak arahan Dr. Suhaimi bin Mohd Noor kali ini, beliau ingin pelajarnya turun sendiri ke kawasan kajian supaya dapat merasai sendiri apa yang ada di dalam Galeri tersebut. Hasil kajian ini kami mula memahami erti sebenar kehalusan sesuatu karya seni dan mengapa sesuatu karya mampu mencecah harga ribuan ringgit walaupun hasil karya tersebut tampak biasa dan sukar difahami. Di dalam seni, bukan hanya karya yang cantik diambil kira tetapi merangkumi makna sebenar sesuatu karya itu dihasilkan dan kadangkala tempoh masa diambil kira sebagai tiket untuk karya tersebut diberi pengiktirafan. Sejarah Seni Tampak Malaysia mengiktiraf hasil karya buatan Malaysia sama ada sejak zaman batu sehingga zaman moden ini. Keseluruhannya subjek ini megajar kita agar menghargai segala tentang seni sama ada yang terdahulu kala sehingga kini.






BIBLIOGRAFI

Ø  Internet

Balai Seni Lukis Negara ( 2010) . Diperoleh pada Oktober 31, 2010 daripada http://www.artgallery.gov.my/web/guest/home .

Ø  Kawasan Lapangan.

Balai Seni Lukis Negara,
No 2 Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
53200 kuala Lumpur.







No comments:

Post a Comment