SOALAN 1.
Kenapa pentingnya ergonomik dalam rekabentuk industri?
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang penting kepada industri. Ini kerana,tempat kerja disusun atur berdasarkan pada pergerakan produk yang efisien atau tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin tanpa mengambil kira keadaan pekerja. Lazimnya, pekerja terpaksa menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk penyusunan di tempat kerja tanpa menyedari risiko kesihatan yang bakal dialami. Malangnya, tubuh manusia tidak dapat disesuaikan dengan semua keadaan. Ketidakserasian antara keupayaan pekerja dan kapisiti yang dituntut di tempat kerja di samping tuntutan kerja itu sendiriankan membawa kepada ketidakcekapan dalam produksi, penurunan kualiti kerja,peningkatan kadar kesilapan, kemalangan dan peralihan kerja. Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya.
Ergonomi (atau faktor manusia) adalah disiplin ilmu yang bersangkutan dengan pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dari sistem, dan profesi yang menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk sistem kesejahteraan dan mengoptimumkan keseluruhan manusia prestasi. Ergonomi digunakan untuk memenuhi dua tujuan kesihatan dan produktiviti. Hal ini adalah, relevan dalam desain hal-hal seperti perabot yang selamat dan mudah digunakan antara muka dengan mesin.
Di luar disiplin itu sendiri, 'ergonomi istilah umumnya digunakan untuk merujuk kepada ergonomi fizikal yang berkaitan dengan tempat kerja (seperti dalam contoh untuk kerusi ergonomik dan keyboard). Ergonomi di tempat kerja harus dilakukan sebahagian besar dengan keselamatan pekerja, baik jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Ergonomi dapat membantu mengurangkan kos dengan meningkatkan keselamatan.Hal ini akan mengurangkan wang yang dibayar sebagai pampasan pekerja. Sebagai contoh, lebih daripada lima juta pekerja mengalami kecederaan overextension pada setahun. Melalui ergonomi, tempat kerja dapat menawarkan sehingga pekerja tidak perlu mengulur-ulur diri mereka sendiri dan industri perkilangan boleh menjimatkan berbilion-bilion pampasan pekerja.
Tempat kerja baik dapat mengambil pendekatan reaktif atau proaktif ketika melaksanakan amalan-amalan ergonomik. ergonomi reaktif adalah ketika sesuatu yang perlu diperbaiki, dan tindakan korektif diambil. ergonomi Proaktif adalah proses untuk mencari kawasan yang boleh dipertingkatkan dan memperbaiki masalah sebelum mereka menjadi masalah besar. Masalah mungkin sudah ditetapkan melalui desain peralatan, rekabentuk tugas, atau desain persekitaran. Peralatan perubahan desain, peranti sebenar fizikal yang digunakan oleh orang-orang. perubahan desain Tugas apa yang dilakukan orang dengan peralatan. Persekitaran perubahan desain persekitaran di mana orang bekerja, tetapi bukan peralatan fizikal yang mereka gunakan.
Prinsip Ergonomik
Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja,
terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara
keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:
1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
• Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti.
Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan
tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.
2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan
semasa bekerja.
• Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan
atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan atau kecederaan.
Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan
daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.
3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
• Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam
penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan
diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan
regangan.
4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
• Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan
keadaan tubuh badan.
135. Mengurangkan pergerakkan yang berlebihan semasa bekerja.
• Gunakan peralatan yang sesuai bagi membantu mengurangkan jumlah tekanan
atau pergerakan.
6. Meminimumkan beban statik dan keletihan semasa bekerja.
• Mengangkat beban pada posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama
dikenali sebagai beban statik. Beban statik ini akan menyebabkan keletihan
dan ketidakselesaan serta gangguan terhadap kerja yang dilakukan.
7. Meminimumkan titik tekanan semasa bekerja.
• Titik tekanan kadangkala dikenali juga sebagai tekanan sentuhan. Ini kerana
titik tekanan ialah titik di mana berlakunya sentuhan di antara anggota tangan
dan peralatan yang digunakan. Titik ini akan memindahkan tekanan dari
peralatan kepada anggota badan yang terlibat.
8. Mengekalkan persekitaran tempat kerja yang kemas, teratur dan selesa
semasa bekerja.
• Suasana persekitaran tempat kerja yang baik dapat membantu pekerja
mencapai objektif kerja di samping meningkatkan usaha, keselesaan dan
menghapuskan tekanan kerja. Toleransi patut diamalkan bagi mengurangkan
tekanan kerja.
9. Menambahbaikkan organisasi kerja.
• Keprihatinan dan penglibatan kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan dan
pekerja adalah dua faktor kritikal yang diperlukan dalam menyelesaikan
masalah keselamatan dan kesihatan. Prinsip ergonomik secara amnya
haruslah difahami dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah. Faktor rekabentuk kerja seperti penjadualan, motivasi, sistem
14peralihan, rehat dan perundingan dapat meningkatkan organisasi kerja dengan
melibatkan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja.
10. Musnahkan halangan
• Memusnahkan segala halangan yang mengganggu perjalanan kerja atau
menyediakan situasi yang tidak mempunyai halangan ketika kerja dilakukan.
11. Rekabentuk paparan dan kawalan di tempat kerja agar mudah difahami.
• Rekabentuk alatan yang baik dapat membantu pekerja menyampaikan
maklumat dengan mudah dan difahami. Ini dapat meningkatkan produktiviti,
keselamatan dan komunikasi antara pekerja. Pengawalan alatan juga dapat
berjalan dengan lancar dan baik.
12. Lakukan senaman ringan, pergerakan dan regangan antara kerja.
• Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan mengelakkan kecederaan,
manusia haruslah bersenam dan melakukan regangan sebelum memulakan atau semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman ringan atau regangan amat mudah dilakukan tetapi ia memberi kesan yang besar dalam menyelesaikan masalah ergonomik kerana ia dapat membantu otot atau sendi berehat dan tidak kejang. Prinsip-prinsip ergonomik ini perlu diambilkira dalam semua bidang kajian terutama yang berkaitan dengan rekabentuk sesuatu benda, peralatan, ruang kerja, persekitaran dan sebagainya.
Menurut Murrell (1969), ergonomik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu anatomi,15fisiologi dan psikologi. Bidang anatomi lebih menitikberatkan mengenai struktur badan manusia manakala fisiologi menitikberatkan fungsi badan manusia (proses biologi) untuk mengekalkannya. Psikologi pula menitikberatkan mengenai tabiat atau perangai manusia (Kroemer, 1986). Namun begitu, dewasa ini bidang ergonomik mencakupi pelbagai bidang sains dan teknologi selain daripada anatomi, fisiologi dan psikologi iaitu dari segi kejuruteraan, perubatan, antropologi dan rekabentuk industri (Macleod, 1995).
Faedah Ergonomik
Ergonomik memberi banyak faedah yang positif kepada industri kerana aplikasi ergonomik dapat menyesuaikan kerja terhadap pekerja bukan menyesuaikan pekerja dengan kerja (MacLeod, 1995; Wynn, 2003). Hasil daripada beberapa kajian menunjukkan pelbagai faedah boleh diperolehi dengan mengamalkan prinsip-prinsip ergonomik dalam merekabentuk sistem kerja dan menjalankan program-program ergonomik. Antaranya, pekerja mempunyai keupayaan untuk mengawal kerja mereka, dapat mewujudkan kepuasan ketika bekerja (Maciel, 1998) serta meningkatkan prestasi pekerja (Wynn, 2003). Aplikasi ergonomik juga dapat membantu meningkatkan kesedaran pekerja mengenai hal keselamatan dan kesihatan (Springer, 1993). Secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan risiko kesakitan akibat pekerjaan, meningkatkan tahap kesihatan pekerja (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan, 2003) dan mengurangkan kos perubatan pekerja (Pile, 2001). Selain itu, aplikasi ergonomik dapat meningkatkan produktiviti (Kogi et al., 2003; Morgan, 2003; Springer, 1993) dan keuntungan pada organisasi (Cooper dan Kleiner, 2001; Morgan,
2003).
SOALAN 2
Hubungan kos harga produk dalam rekabentuk?
Dari segi sejarah, harga memainkan peranan utama dalam membuat pilihan dalam pembelian. Namun keadaan ini berlaku hanya kepada negara dan rakyat miskin dan barangan komoditi. Walaubagaimana pun faktor harga bukan lagi menjadi penentu dalam pilihan pembelian pada masa sekarang.Namun harga masih memainkan peranan penting dalam menentukan syer pasaran dan keuntungan.Penentuan harga merupakan satu keputusan yang penting dan unik kerana harga adalah satu-satunya elemen dalam campuran pemasaran yang mendatangkan hasil kepada firma. Elemen yang lain merupakan kos.
Harga adalah elemen campuran yang sangat fleksible kerana ia boleh diubah dengan cepat oleh pengguna tidak seperti ciri-ciri produk dan komitmen saluran agihan. Penentuan dan persaingan harga adalah masalah nombor satu pada eksekutif pemasaran. Masalah yang kerap berlaku ialah :
Penentuan harga terlalu berorientasikan kos, Harga tidak dikaji secukupnya untuk gambarkan perubahan pasaran. Penentuan harga tidak mengambil kira elemen campuran pemasaran yang lain dan harga tidak dipelbagaikan untuk keluaran, segmen dan situasi pembelian.
Bagaimana harga berinteraksi dengan lain-lain komponen campuran pemasaran.?
Produk
Produk juga disebut sebagai nadi dalam program pemasaran sesebuah organisasi kerana ia menjadi titik permulaan dalam pembentukan campuran pemasaran. Faktor produk yang berkait seperti rekabentuk, bahan mentah, kepakaran pembuatan dan ciri-ciri produk menpengaruhi perletakkan harga produk yang dipasarkan.Sebarang perubahan kos yang berkaitan dengan perkara tersebut akan turut mengubah harga sesuatu produk. Contohnya rekabentuk produk memerlukan perbelanjaan yang tinggi, maka harga produk berkenaan perlu diletakkan lebih tinggi untuk menampung perbelanjaan yang tinggi.
Saluran Pengedaran
Saluran pengedaran penting untuk memastikan produk atau servis akan sampai ketangan pengguna. Biasanya saluran pengedaran dikaitkan dengan orang tengah dan golongan ini yang akan memainkan peranan-peranan tertentu dengan cekap dan efektif serta inovasi.Ia berkaitan dengan urusan pengedaran produk seperti tambahan pengangkutan, perluasan liputan pasaran dan pergudangan. Faktor ini juga juga mempengaruhi harga sesuatu produk.Contohnya jika upah mengangkut meningkat disebabkan peningkatan harga minyak kenderaan, maka harga produk berkenaan juga perlu diletakkan lebih tinggi untuk menampung belanja pengankutan yang meningkat.Saluran pengedaran yang digunakan turut mempengaruhi harga sesuatu produk. Jenis saluran pengedaran yang boleh digunakkan seperti intensif, selektif dan eksklusif. Jika saluran pengedaran yang digunakan ialah eksklusif maka harga bagi produk tersebut adalah lebih mahal.
Promosi
Promosi adalah alat komunikasi yang dilakukan oleh firma untuk memberitahu, memperkenalkan, menggalak dan menyakinkan pengguna dan bakal pembeli agar tertarik untuk mencuba atau membeli produk yang dipasarkan. Firma perlu memaklumkan kepada pengguna bahawa mereka boleh mendapatkan produk pada masa, tempat dan harga yang sesuai. Empat alat promosi yang biasa digunakan ialah pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan serta perhubungan awam dan publisiti. Penggunaan alat promosi ini turut mempengaruhi perletakkan harga produk.Contohnya jika kadar mengiklankan sesuatu produk meningkat maka harga produk berkenaan juga perlu diletakkan lebih tinggi.
Posisi Bukan Harga
Faktor-faktor yang berkaitan dengan usaha pemposisian bukan harga adalah seperti penambahan perkhidmatan sampingan ke atas produk yang dijual.Contohnya jika sesebuah organisasi memutuskan untuk menambah perkhidmatan di pasaran, ini akan membawa kepada peningkatan kos bagi memasarkan produk berkenaan. Ini seterusnya menyebabkan pihak pengeluar perlu meletakkan harga produk lebih tinggi lagi.
Strategi Campuran Pemasaran
Keputusan perletakkan harga mestilah diselaraskan dengan rekabentuk keluaran, pengagihkan dan promosi untuk mewujudkan program pemasaran yang konsisten dan efektif.
Keputusan yang dibuat ke atas pembolehubah campuran pemasaran yang lain akan mempengaruhi perletakan harga. Contohnya samada tetapkan harga terlebih dahulu kemudian baru tentukan aspek campuran pemasaran yang ingin digunakan atau tetapkan promosi terlebih dahulu kemudian baru tentukan harga. Biasanya syarikat akan meletakkan harga dan kemudian baru tetapkan keputusan campuran pemasaran pada harga yang mereka kehendaki. Kebanyakkan syarikat menyokong strategi penentuan harga ini dengan teknik yang dipanggil pengkosan sasaran. Pengkosan sasaran merupakan proses sonsangan dari yang biasa dengan cara menentukan harga jualan ideal kemudian baru tentukan kos sasaran. Contoh: Syarikat Compaq menggunakan teknik ini
.1)Tentukan harga sasaran yang ditentukan oleh pemasar dan margin keuntungan yang ditentukan oleh pihak pengurus.
2)Tentukan kos supaya boleh mengenakan harga sasaran.
Untuk capai sasaran kos, pasukan pereka syarikat telah berunding bersunggguh-sungguh dengan semua bahagian dalam syarikat yang bertanggungjawab bagi aspek yang berbeza. Contonnya Jurutera Compaq telah mecipta satu mesin yang mempunyai sedikit bahagian dan mudah untuk dikendalikan. Manakala bahagian pengeluaran pula memperbaiki kilang agar tiada sebarang kerosakkan akan berlaku bagi mengelakkan peningkatan kos.
KEPENTINGAN PENENTUAN HARGA UNTUK SYARIKAT BERTAHAN DALAM PASARAN
-Syarikat boleh mengendalikan penentuan harga dalam bebagai cara mengikut saiz dan kapasiti syarikat.
-Bagi syarikat-syarikat kecil harga ditetapkan oleh pengurus atasan dan bukan jabatan pemasaran atau jualan.
-Syarikat-syarikat besar pula, harga ditetapkan oleh pengurus bahagian atau pengurus barisan keluaran. Walaubagaimanapun pengurus atasan menetapkan harga objektif dan polisi penentuan harga dan meluluskan harga yang dicadangkan oleh pengurus tahap bawah atau jurujual.
-Dalam industri di mana harga adalah faktor utama seperti syarikat penerbangan, industri minyak masak, mereka mempunyai jabatan penentuan harga. Syarikat akan membuat satu jabatan penentuan harga untuk menentukan harga serta membantu jabatan lain dalam menetapkan harga yang sesuai
sya mintak izin copy ya
ReplyDeleteCasino Review | JtmHub
ReplyDeleteA detailed review of this 광명 출장안마 casino. Get detailed 서귀포 출장샵 information 속초 출장마사지 about bonus and promotions, game selection and casino 영주 출장샵 games. Find out if you can 김해 출장마사지 join the casino now
Info yg membantu, terima kasih admin/writer
ReplyDelete